CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, March 1, 2009

Assalamualaikum w.b.t.

Di sini, kami ingin berkongsi sedikit ilmu mengenai asas ekonomi Islam..

Asas terpenting dalam sistem ekonomi Islam secara ringkasnya adalah seperti berikut :

1. Meletakkan harta yang baik sebagai tunjang kehidupan. Harta ini perlu dicari, diurus dan dilabur dengan baik.
2. Mewajibkan mereka yang berkemampuan supaya bekerja dan mencari rezeki.
3. Meneroka sumber asli, dan semua sumber yang ada perlu dimanfaatkan.
4. Mengharamkan sumber pendapatan yang tidak bersih.
5. Merapatkan jurang antara lapisan masyarakat sehingga tidak wujud golongan yang terlalu kaya dan golongan yang terlalu miskin
6. Jaminan sosial untuk setiap warganegara, melindungi kehidupan mereka dan berusaha mewujudkan suasana selesa dan bahagia untuk mereka.
7. Menggalakan masyarakat supaya memberi sumbangan untuk tujuan kebajikan, mewujudkan budaya tolong-menolong dikalangan rakyat dan berusaha berkerjasama untuk tujuan kebaikan dan ketaqwaan
8. Mengiktiraf hak milik peribadi selagimana tiudak bertentangan dengan kepentingan awam.

( Himpunan Risalah Imam Hassan al-Banna )

moga2 kita semua sentiasa berada di landasan yang betul dalam memperjuangkan ekonomi umat Islam..

syukran, sekian...wasalam..

Assalamualaikum w.b.t.

Apa khabar semua wahai pengunjung setia blog Exco Ekonomi(EE)... Sudah lama rasanya EE x meng'edit' blog ni... mohon maaf atas kekhilafan ini...Kesempitan masa yang pihak kami alami menyebabkan blog ini sudah lama x di 'edit'....

tapi, jangan risau.. EE masih lagi aktif dan akan sentiasa aktif di blok2 anda..cuma agak kurang aktif di alam maya..InsyaAllah..kami akan kembali aktif di alam maya ini..
semuanya hasil sokongan anda semua kepada kami.. syukran (",)

Kini, kami kembali dengan 2 produk makanan yang lagi menarik, cute dan sedap..nak tao pe x???teruskan bacaan anda.. (",)


1. DONAT CUTE & SEDAP

Donut is defined as a small ring-shaped cake made of rich, light dough that is fried in deep fat. Also called olicook.

Donat cute&sedap boleh didapati di blok2 anda mulai sekarang..Rasanya sedap, harga pun murah, cuma RM1.oo sebiji..













emm...dah tengok donat2 kami yang cute & sedap tu?? ha, apa tunggu lagi, cepat2 p beli kt blok masing2...murah je.. :)





sekarang, mai tengok produk kami yang ke-2..

2. ROTI SOSEJ

Roti sosej yang halal, sedap, besar dan murah sudah tentu menjadi pilihan anda kan?kami juga ada menjual roti sosej yang menepati ciri2 tersebut di blok2 anda..







harga= RM1.oo sebiji.






dah tengok kedua-dua produk kan? cepat2 dapatkan roti sosej dan donat cute & sedap di blok2 anda sekarang..

Rasanye setakat ni dulu untuk kali ini..kita berjumpa lagi di post yang akan datang.. INSYAALLAH...

SELAMAT MEMBELI... SELAMAT MENYOKONG PRODUK ISLAM.. syukran..wasalam

Wednesday, February 4, 2009

Kempen Produk Halal : Malam Bersama HPA

Assalamualaikum w.b.t....

'PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA'

ayat ni macam pernah dengar je..tapi di mana ye??


Halal,syubhah @ haram?? Mana pilihan anda? sebagai seorang muslim, sudah tentu halal jadi pilihan kan?

Situasi:

* macam mane nak tentukan halal,shubhah @ haram sesuatu produk??
- ala, kalo dah ada logo halal tu, kire halal la produk tu..
*ye ke?? boleh dipercayai ke logo halal tu?
-dah pengeluar dah letak logo halal, kalau still xhalal,dieorang tanggung la...

Persoalannya, benarkah 'DITANGGUNG HALAL' atau hanya 'DIGANTUNG HALAL'?? semudah itukah kita menentukan aspek halal,shubhah @haram dalam kehidupan kita seharian??
kalau semudah itu, xpela...tapi, kesannya dalam kehidupan kita yang tanggung kan??

Sabda Nabi S.A.W. :
"Di dalam diri kamu ada seketul daging,apabila ia baik,maka baiklah seluruh badan dan anggota kamu.Tetapi jika ia jahat,maka akan jahatlah seluruh tubuh dan anggota kamu.Ketahuilah,itulah HATI."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Hati kita dibentuk oleh makanan dan minuman. Jika makanan dan minuman kita bersumberkan yang haram dan buruk,maka terbentuklah hati kita menjadi hati yang jahat dan buruk..





Soalan cepumas kepada muslimin muslimat sekalian,

Adakah semua produk2 kegunaan harian kita sama ada produk makanan, penjagaan diri mahupun produk kesihatan yang kita gunakan halal dan berkualiti??
Masih tertanya2 ??? Kalau macam tu, mai ramai2 kita p ke program Kempen Produk Halal Toyyiba' Pilihan Kita anjuran PMIUSMKkj untuk menjawab soalan cepumas ini..
Berikut adalah maklumat mengenai program tersebut :

Tarikh :8 FEBRUARI 2009
Masa : 9.30 MALAM-11.30 MALAM
Tempat : KAFE LEMBARAN
Aktiviti :
1)Ceramah bertajuk 'Kesan Penggunaan Produk Shubhah dan Tidak Halal pada
Kesihatan & Jiwa oleh wakil HPA
2)Demonstrasi dan pendedahan tentang kandungan bahan shubhah dalam produk
harian.
3)Nasihat dan panduan penjagaan kesihatan
4)Khidmat Diagnosis Penyakit Percuma
5)Jualan produk kesihatan dan barangan HPA
6)Jamuan ringan dan cabutan bertuah


Selain itu, kami juga mengambil kesempatan ini untuk mempromosikan barangan-barangan halal dan berkualiti keluaran HPA kepada warga kampus. Sebarang maklumat mengenai HPA juga boleh didapati di kaunter tersebut...

Kepada yang berminat untuk mendaftar sebagai ahli, kehadiran anda amatlah dialu-alukan....


Akhir kata, semoga Program Kempen Produk Halal:Malam Bersama HPA kali ini membawa seribu erti kepada kita semua dalam usaha membentuk diri menjadi muslim yang sempurna dalam semua aspek melalui penggunaan produk halal dalam kehidupan seharian.Intuk makluman lanjut,layari,www.inforadix.ning.com...Syukran.. Wasalam..

Tuesday, February 3, 2009

produk2 menarik EE..mai tengok..

Assalamualaikum w.b.t... di sini kami ingin mempromosikan produk2 exco ekonomi...
mai tengok... ni sample key chain, badge,strip hp keluaran exco ekonomi....kalo berminat, boleh dapatkan maklumat dari mana2 exco ekonomi. banyak lagi design2 menarik..cepat2, nanti habis.... syukran..























selain itu, macam biasa, exco ekonomi mengadakan jualan kerepek2 dan nasi lemak sedap...









Tuesday, January 27, 2009

Sem II, Exco Ekonomi makin ligat...

Assalamualaikum w.b.t...

Sem II sidang 2008/2009 sudah menjengah kita selama hampir 2 bulan.. Cuti mid-sem pun sedang berlalu dengan cepatnya. Ramai tertanya-tanya,aktiviti apa yang exco ekonomi jalankan sepanjang sem 2 ni? Tak nampak pun gerai-gerai,tak nampak pun booth-booth ekonomi pmi?

Hmmm..untuk menjawab persoalan ini,mari kita temuramah Ketua Exco Ekonomi,saudara Fattah(bukan nama sebenar) dan timbalannya, saudari Hamas.

Si Penemuramah(SP): Salam Saudara Fattah.bolehkah saudara jelaskan apakah perancangan untuk aktiviti sem ni bagi exco ekonomi yang anda sayangi ni?

Saudara Fattah : Wslm.hmmm,kalau nak terang satu persatu,memang tak cukup nak masuk blog satgi..camnilah..secara ringkasnya, Exco Ekonomi(EE) telah merancang banyak aktiviti-aktiviti jualan selaras dgn tujuannya iaitu menjana ekonomi bagi PMI.
Kita dah pun membuat jualan2 kerepek2 di blok2,antaranya keropok UFO,kerepek pedas dan lain2.Selain itu,sedang berlangsung akitviti jualan nasik lemak sedap diimport khas dari Taman Ilmu pada setiap Sabtu dan Ahad insyAllah. Butir2 jualan telah disebarkan meluas dalam ym.

Saudari Hamas : Betul2. Selain dari jualan makanan,EE juga telah membuat jualan2 di Jamuan Ukhuwah yang lalu,di sana kami ada membuat jualan pin comel, beg laptop,baju muslimah, dan pendek kata banyak lagi.Gerai2 sebegitu akan dibuka jugak kalau ada event2 yang penting PMI.Tidak lupa juga,insyAllah pada menjelang hujung semester nanti,EE akan melangsungkan dedication khas sempena Final Exam seperti sem-sem yang lepas.

SP : Oo..i see...jadi..sebenarnya banyak jugak aktviti EE sem ni,cuma mgkin depa yang kurang mengambil tahu tak tahu ttg aktiviti2 ini disebabkan xmau mengambil tahu.

Jadi nampaknya,terjawablah sudah persoalan kita tadi. Di sini saya juga ingin mengambil kesempatan untuk sama2 mempromosikan kempen memboikot brgn Yahudi dan Amerika. Sedarlah yang sebenarnya isu memboikot brgn Yahudi Amerika ni telah lama diutarakan,cuma masyarakat mula terasa tempiasnya bila mana saudara kita di Palestin diserang oleh Yahudi secara besar-besaran. Kalau lepas perang ni berakhir,umat Islam kembali membeli brgn2 mereka,maka sia-sialah apa yang kita lakukan selama ini. Jika xboleh memboikot semua,mulakanlah dengan satu langkah.Kita juga boleh mencari alternatif lain,contohnya, barangan H-Pa dan dan yang sewaktu dengannya. Ni contoh saja,takda kaitan dgn mana2 syarikat atau pertubuhan.

Oklah,setakat ni dulu post utk kali ni,klau ada kemusykilan atau keraguan,bolehlah emelkan ke ekonomipmi@gmail.com ataupun tulis ja kat shoutbox kat bawah tu,insyAllah akan dijawab.

Sekian, asssalamualaikum.

Thursday, January 22, 2009

BOIKOT ISRAEL : SEJAUH MANA KITA MEMBOIKOT???

Assalamualaikum w.b.t...Sekarang ini hangat diperkatakan tentang peranan kita dalam membantu rakyat Palestin. Salah satu daripadanya ialah memboikot produk-produk Israel atau yang menyumbang kepada ekonomi Israel. Tetapi,cuba fikirkan kemungkinan situasi-situasi seperti ini:

Situasi 1

*Teruk betul isu Palestin-Israel sekarang ni.Apa yang kita boleh buat ya?
-Memang Israel tu angkuh.Kita boleh derma dan doa sajalah untuk rakyat Palestin dari jauh ni.Boikot sekali,biar padan muka diorang! Biar diorang rasakan.
*Boikot?Em,nak boikot apa?Kau tahu produk-produk yang sokong Israel?
-Erk…ha…em..aku pun tak pastilah…
*%&*^&^

Situasi 2

*Nak masak sup sayur ke ? Jangan guna perencah Maggi tu tau.Sekarang dah tersebar,kita kena boikot produk-produk yang sokong Israel.
-Em,yakin ke Maggi tu sokong Israel? Kau dengar dari mana?
*Orang cakap-cakap. Tak tahulah betul ke tak.
-Itulah. Kau ni main dengar saja.Buktinya mana?
*Em….

Situasi 3

*Jom Starbucks..
-Eh,sokong Israel tu.Tak naklah aku.
*Kau ni,dengar sangat cakap orang.Dulu kata Starbucks tu ada letak lemak babi.Sekarang sokong Israel pula.Tak rasa ke orang saja nak jatuhkan Starbucks? Dengkilah tu.
-Logik juga kau cakap tu.Mmmm….ok,jom Starbucks!..



Daripada situasi-situasi di atas, jelas menunjukkan usaha boikot kita mungkin hanya setakat di bibir saja,jika tiada pemahaman dan kesungguhan untuk melaksanakannya. Tak guna cakap berapi hendak memboikot itu ini,tapi tak tahu apa boikot tu,apa yang perlu diboikot.Betul tak?

Mungkin masih ada yang ragu-ragu akan keberkesanan boikot ini.Ada yang menganggap susah nak hidup jika kita memboikot.Rasa sayang untuk berkorban sedikit masih menebal lagi. Maklumlah, hampir semua barang yang kita gunakan sekarang menyumbang kepada Israel.

Mana boleh hidup sehari tanpa secawan NESCAFE?
Budak-budak asrama mana boleh tak makan Maggi?
Seminggu sekali naklah juga menjamah Big Tasty di McD.
Setahun sekali kalau ada duit lebih naklah tukar telefon Nokia yang terbaru.
Penatlah study.Berehat sebentar dengan Kitkat!

…dan senarai ini berterusan hingga berjela-jela panjangnya…Adakah kita salah seorang daripada mereka yang menyenaraikan list2 tersebut??

Tetapi,jika kita menganggap nyawa rakyat Palestin itu adalah lebih berharga, sudah pasti kita mampu lakukannya. Bak kata pepatah, ‘di mana ada kemahuan, di situ ada jalan’.Ala,bukannya kita kena pergi berperang di Palestin pun... kita hanya perlu buat benda kecik je....BOIKOT!BOIKOT!BOIKOT!...susah sangat ke????

Apalah sangat setin CocaCola yang dikorbankan,jika dibandingkan dengan selaut darah rakyat Palestin.
Apalah sangat kecanggihan telefon Nokia keluaran terbaru diketepikan, jika dibandingkan dengan canggihnya peluru-peluru Israel yang menusuk setiap nyawa rakyat Palestin.
Apalah sangat kesedapan Big Tasty McD dilupakan, jika dibandingkan dengan rakyat Palestin yang mati kebuluran akibat sekatan Israel.


Tak mati pun kalau kita tak makan dan tak guna produk-produk Israel dalam kehidupan seharian.Taklah susah pun nak hidup tanpa MAGGI,JOHNSON,McD,NOKIA dll....Persoalannya sekarang, nak boikot atau tidak... Usaha yang kecil, jika dilakukan bersama-sama secara kolektif, pasti akan membuahkan hasil!

Sifirnya bolehlah dianggap begini:

1 lemah lawan 1 kuat—>kalah
10 lemah lawan 1 kuat—>kalah tipis
1000 lemah lawan 1 kuat—>menang
100000000 lemah lawan 1 kuat—>menang yang lebih mudah


‘Lemah’ merujuk kepada usaha kita yang kecil,iaitu boikot. Jika boikot itu giat dijalankan,InsyaAllah mata Israel dan Amerika akan terbuka luas.Biar mereka tahu kita bukan kerdil. Biar mereka tahu kita sehati.Biar mereka tahu kita juga bermaruah!

masih ada lagikah alasan kita...setelah melihat banyak kekejaman demi kekejaman berlaku pada saudara seagama seakidah kita hari demi hari?? Sayangkah kita pada mereka???Sanggupkan kita melihat mereka menderita ketakutan setiap hari dihujani peluru-peluru tanpa mata???

Soalan cepumas kepada anda :
Adakah boikot kita bermusim?? Adakah kita memboikot hanya apabila Palestin hebat diserang? Jika esok tentera Israel berundur dari Gaza, adakah lusa kita akan berhenti memboikot? tepuk dada, tanya hati masing-masing...


fikir-fikirkan...renung-renungkan...

sumber dari:kamilsifu.wordpress.com

Monday, January 5, 2009

jemputan ke Jamuan Ukhwah 08/09

alt=""id="BLOGGER_PHOTO_ID_5287807828118226674" />

Assalamualaikum w.b.t....

Anda semua dijemput untuk menghadiri jamuan Ukhwah PMIUSMKKj 08/09 yang akan berlangsung seperti berikut :

Tarikh : 9 JANUARI 2009 ( JUMAAT )
Masa : 8.45-11.15 MALAM
Tempat : KAFETERIA JAYA
..
Untuk makluman juga, Exco Ekonomi PMIUSMKKj 08/09 juga akan mengadakan gerai jualan dan pameran ketika majlis tersebut berlangsung...

Antara barang-barang yang boleh didapati di gerai tersebut adalah :

T-shirt, jaket, badge, key chain, beg laptop, tudung,blaus,jubah dan banyak lagi..

Selain itu, kami juga mengambil kesempatan ini untuk mempromosikan barangan-barangan halal dan berkualiti keluaran HPA kepada warga kampus. Sebarang maklumat mengenai HPA juga boleh didapati di kaunter tersebut...

Kepada yang berminat untuk mendaftar sebagai ahli, kehadiran anda amatlah dialu-alukan....








Akhir kata, semoga Jamuan Ukhwah kali ini membawa seribu erti kepada kita semua dalam usaha mengeratkan lagi ukhwah dan silaturrahim sesama kita..."Ukhuwafillah Tunjang Tautan Kalbu"... Syukran.. Wasalam..