Assalamualaikum w.b.t...Sekarang ini hangat diperkatakan tentang peranan kita dalam membantu rakyat Palestin. Salah satu daripadanya ialah memboikot produk-produk Israel atau yang menyumbang kepada ekonomi Israel. Tetapi,cuba fikirkan kemungkinan situasi-situasi seperti ini:
Situasi 1
*Teruk betul isu Palestin-Israel sekarang ni.Apa yang kita boleh buat ya?
-Memang Israel tu angkuh.Kita boleh derma dan doa sajalah untuk rakyat Palestin dari jauh ni.Boikot sekali,biar padan muka diorang! Biar diorang rasakan.
*Boikot?Em,nak boikot apa?Kau tahu produk-produk yang sokong Israel?
-Erk…ha…em..aku pun tak pastilah…
*%&*^&^
Situasi 2
*Nak masak sup sayur ke ? Jangan guna perencah Maggi tu tau.Sekarang dah tersebar,kita kena boikot produk-produk yang sokong Israel.
-Em,yakin ke Maggi tu sokong Israel? Kau dengar dari mana?
*Orang cakap-cakap. Tak tahulah betul ke tak.
-Itulah. Kau ni main dengar saja.Buktinya mana?
*Em….
Situasi 3
*Jom Starbucks..
-Eh,sokong Israel tu.Tak naklah aku.
*Kau ni,dengar sangat cakap orang.Dulu kata Starbucks tu ada letak lemak babi.Sekarang sokong Israel pula.Tak rasa ke orang saja nak jatuhkan Starbucks? Dengkilah tu.
-Logik juga kau cakap tu.Mmmm….ok,jom Starbucks!..
Daripada situasi-situasi di atas, jelas menunjukkan usaha boikot kita mungkin hanya setakat di bibir saja,jika tiada pemahaman dan kesungguhan untuk melaksanakannya. Tak guna cakap berapi hendak memboikot itu ini,tapi tak tahu apa boikot tu,apa yang perlu diboikot.Betul tak?
Mungkin masih ada yang ragu-ragu akan keberkesanan boikot ini.Ada yang menganggap susah nak hidup jika kita memboikot.Rasa sayang untuk berkorban sedikit masih menebal lagi. Maklumlah, hampir semua barang yang kita gunakan sekarang menyumbang kepada Israel.
Mana boleh hidup sehari tanpa secawan NESCAFE?
Budak-budak asrama mana boleh tak makan Maggi?
Seminggu sekali naklah juga menjamah Big Tasty di McD.
Setahun sekali kalau ada duit lebih naklah tukar telefon Nokia yang terbaru.
Penatlah study.Berehat sebentar dengan Kitkat!
…dan senarai ini berterusan hingga berjela-jela panjangnya…Adakah kita salah seorang daripada mereka yang menyenaraikan list2 tersebut??
Tetapi,jika kita menganggap nyawa rakyat Palestin itu adalah lebih berharga, sudah pasti kita mampu lakukannya. Bak kata pepatah, ‘di mana ada kemahuan, di situ ada jalan’.Ala,bukannya kita kena pergi berperang di Palestin pun... kita hanya perlu buat benda kecik je....BOIKOT!BOIKOT!BOIKOT!...susah sangat ke????
Apalah sangat setin CocaCola yang dikorbankan,jika dibandingkan dengan selaut darah rakyat Palestin.
Apalah sangat kecanggihan telefon Nokia keluaran terbaru diketepikan, jika dibandingkan dengan canggihnya peluru-peluru Israel yang menusuk setiap nyawa rakyat Palestin.
Apalah sangat kesedapan Big Tasty McD dilupakan, jika dibandingkan dengan rakyat Palestin yang mati kebuluran akibat sekatan Israel.
Tak mati pun kalau kita tak makan dan tak guna produk-produk Israel dalam kehidupan seharian.Taklah susah pun nak hidup tanpa MAGGI,JOHNSON,McD,NOKIA dll....Persoalannya sekarang, nak boikot atau tidak... Usaha yang kecil, jika dilakukan bersama-sama secara kolektif, pasti akan membuahkan hasil!
Sifirnya bolehlah dianggap begini:
1 lemah lawan 1 kuat—>kalah
10 lemah lawan 1 kuat—>kalah tipis
1000 lemah lawan 1 kuat—>menang
100000000 lemah lawan 1 kuat—>menang yang lebih mudah
‘Lemah’ merujuk kepada usaha kita yang kecil,iaitu boikot. Jika boikot itu giat dijalankan,InsyaAllah mata Israel dan Amerika akan terbuka luas.Biar mereka tahu kita bukan kerdil. Biar mereka tahu kita sehati.Biar mereka tahu kita juga bermaruah!
masih ada lagikah alasan kita...setelah melihat banyak kekejaman demi kekejaman berlaku pada saudara seagama seakidah kita hari demi hari?? Sayangkah kita pada mereka???Sanggupkan kita melihat mereka menderita ketakutan setiap hari dihujani peluru-peluru tanpa mata???
Soalan cepumas kepada anda :
Adakah boikot kita bermusim?? Adakah kita memboikot hanya apabila Palestin hebat diserang? Jika esok tentera Israel berundur dari Gaza, adakah lusa kita akan berhenti memboikot? tepuk dada, tanya hati masing-masing...
fikir-fikirkan...renung-renungkan...
sumber dari:kamilsifu.wordpress.com
Thursday, January 22, 2009
BOIKOT ISRAEL : SEJAUH MANA KITA MEMBOIKOT???
Posted by ekonomipmi at 3:43:00 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

2 comments:
saya setuju dengan apa yang sedara /sedari utarakan. Boikot amat perlu diperluaskan lagi. Tapi sedar/sedari perlu jugak sedar keupayaan dan penguasaan umat Islam dunia terutama untuk menyaingi barat dalam industri makanan dunia jauh lebih kecil. Seandainya embargo besar-beasran hendak sangat dijayakan, maka saat ini kita seharusnya sudah mengorak langkah membinan rangkaian perniagaan muslim terutama dalam industri makanan yang penuh kontriversi tu. PMI sendiri boleh buat starting busines cthnya kek n roti halal untuk edaran sekitar parit buntar dan USMKKj sendiri. Cth jerla. Ok...
Selamat berjaya. Mungkin boleh keluar dengan idea baru kot nanti.
salam...ok...syukran atas komen membina saudara tersebut...kami akan pertimbankan komen saudara tersebut..
Post a Comment