Assalamualaikum w.b.t.
Di sini, kami ingin berkongsi sedikit ilmu mengenai asas ekonomi Islam..
Asas terpenting dalam sistem ekonomi Islam secara ringkasnya adalah seperti berikut :
1. Meletakkan harta yang baik sebagai tunjang kehidupan. Harta ini perlu dicari, diurus dan dilabur dengan baik.
2. Mewajibkan mereka yang berkemampuan supaya bekerja dan mencari rezeki.
3. Meneroka sumber asli, dan semua sumber yang ada perlu dimanfaatkan.
4. Mengharamkan sumber pendapatan yang tidak bersih.
5. Merapatkan jurang antara lapisan masyarakat sehingga tidak wujud golongan yang terlalu kaya dan golongan yang terlalu miskin
6. Jaminan sosial untuk setiap warganegara, melindungi kehidupan mereka dan berusaha mewujudkan suasana selesa dan bahagia untuk mereka.
7. Menggalakan masyarakat supaya memberi sumbangan untuk tujuan kebajikan, mewujudkan budaya tolong-menolong dikalangan rakyat dan berusaha berkerjasama untuk tujuan kebaikan dan ketaqwaan
8. Mengiktiraf hak milik peribadi selagimana tiudak bertentangan dengan kepentingan awam.
( Himpunan Risalah Imam Hassan al-Banna )
moga2 kita semua sentiasa berada di landasan yang betul dalam memperjuangkan ekonomi umat Islam..
syukran, sekian...wasalam..
Sunday, March 1, 2009
Posted by ekonomipmi at 11:42:00 AM 0 comments
Assalamualaikum w.b.t.
Apa khabar semua wahai pengunjung setia blog Exco Ekonomi(EE)... Sudah lama rasanya EE x meng'edit' blog ni... mohon maaf atas kekhilafan ini...Kesempitan masa yang pihak kami alami menyebabkan blog ini sudah lama x di 'edit'....
tapi, jangan risau.. EE masih lagi aktif dan akan sentiasa aktif di blok2 anda..cuma agak kurang aktif di alam maya..InsyaAllah..kami akan kembali aktif di alam maya ini..
semuanya hasil sokongan anda semua kepada kami.. syukran (",)
Kini, kami kembali dengan 2 produk makanan yang lagi menarik, cute dan sedap..nak tao pe x???teruskan bacaan anda.. (",)
1. DONAT CUTE & SEDAP
Donut is defined as a small ring-shaped cake made of rich, light dough that is fried in deep fat. Also called olicook.
Donat cute&sedap boleh didapati di blok2 anda mulai sekarang..Rasanya sedap, harga pun murah, cuma RM1.oo sebiji..

emm...dah tengok donat2 kami yang cute & sedap tu?? ha, apa tunggu lagi, cepat2 p beli kt blok masing2...murah je.. :)
sekarang, mai tengok produk kami yang ke-2..
2. ROTI SOSEJ
Roti sosej yang halal, sedap, besar dan murah sudah tentu menjadi pilihan anda kan?kami juga ada menjual roti sosej yang menepati ciri2 tersebut di blok2 anda..
harga= RM1.oo sebiji.
dah tengok kedua-dua produk kan? cepat2 dapatkan roti sosej dan donat cute & sedap di blok2 anda sekarang..
Rasanye setakat ni dulu untuk kali ini..kita berjumpa lagi di post yang akan datang.. INSYAALLAH...
SELAMAT MEMBELI... SELAMAT MENYOKONG PRODUK ISLAM.. syukran..wasalam
Posted by ekonomipmi at 7:47:00 AM 0 comments
